Selamat menayambut tahun baru Muharam 1432 dan tahun 2011

Friday, August 20, 2010

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Pakatan Rakyat mensasarkan setiap isi rumah menikmati pendapatan RM4,000 dalam 5 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat jika gabungan PAS, PKR dan DAP itu mengambil alih pentadbiran kerajaan Persekutuan.
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu bagi memastikan usaha membasmi kemiskinan mampu dilaksanakan dan mahu melihat ekonomi rakyat berada di tahap selesa.
Menurutnya lagi sejumlah dua pertiga dari penduduk negara ini, pendapatan isi rumahnya berada di bawah RM 4000 sebulan manakala 4 juta keluarga akan terus berdepan dengan kenaikan kos sara hidup melainkan mereka berusaha meningkatkan pendapatan dengan kadar segera.
"Cadangan polisi ini akan dikemukakan ke majlis pimpinan Pakatan untuk perbincangan lanjut,” katanya yang juga Ketua Umum PKR pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.
Selain itu katanya, PKR akan mencadangkan kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk melaksanakan beberapa pendekatan yang berupaya untuk melonjakkan kadar upah di negara ini demi mencapai kadar minimum pendapatan isi rumah tersebut.
Di antara dasar tersebut ialah iltizam untuk memerangi ketirisan serta rasuah, melakukan reform terhadap sistem kehakiman serta institusi awam lainnya di samping mengembalikan kredibiliti, ketelusan dan pertanggungjawaban untuk menarik pelaburan asing secara langsung (FDI).
"Negara ini tidak boleh lagi menabur janji serta membentangkan perancangan yang tidak mampu dicapai dan tidak memberi manfaat kepada rakyat.
"30% pegangan ekuiti yang dijanjikan Umno masih gagal dipenuhi dan ternyata memberi kesan yang nyata kepada keluarga Melayu yang sentiasa bergelut dengan upah rendah serta kos sara hidup.
"Namun demikian dasar itu sering di war warkan sebagai anugerah Umno kepad rakyat," katanya lagi.
Asas kepada pendekatan pembangunan Pakatan Rakyat itu katanya menjurus kepada penciptaan masayarakat yang adil serta memberi penumpuan kepada pengagihan adil khazanah dan sumber negara.


Thursday, August 5, 2010

LONDON – Saddam Hussein's leading lieutenant accused the United States of abandoning Iraq and leaving the country to die, according to a British newspaper interview to be published Friday.

Tariq Aziz, whose long tenure as Saddam's foreign minister made him the international face of the Iraqi dictator's regime, was quoted by The Guardian newspaper a saying that he was hopeful about President Barack Obama at first.

"I thought he was going to correct some of the mistakes of Bush," the paper quoted Aziz as saying from his jail cell in north Baghdad. "But Obama is a hypocrite. He is leaving Iraq to the wolves."

Saturday, July 31, 2010

Kenapa

Kenapa tidak mahu berubah. Walau sekecil manapun kesalahan ia tetap kesalahan. Tidak kira siapa yang melakukan kesalahan. Yang penting kesalahan dilakukan. Hukuman kepada pelaku kesalahan mesti dijalankan. Menyedari berlakunya kesalahan maka tanggungjawab kita sebagai manusia yang ada pemikiran tidak mahu menerima kesalahan.

Berubahlah kepada mereka yang belum terbukti dan tidak melakukan kesalahan.

Thursday, July 29, 2010

Mohd Azmin Ali

Menurut laporan penyelidikan KSSB, pada tahun 2008 mereka membayar RM1.5 juta royalti dan RM1 juta keuntungan sebelum cukai kepada kerajaan negeri Selangor.

Pada 2009, mereka membayar RM5.7 juta royalti dan RM9 juta keuntungan sebelum cukai manakala pada 2010, sehingga Jun lalu mereka telah membayar RM5 juta royalti dan RM10 juta keuntungan sebelum cukai kepada kerajaan negeri.

Ianya jauh lebih tinggi berbanding zaman kerajaan negeri di bawah BN.

Pada zaman BN, kerajaan negeri hanya mendapat bayaran royalti sebanyak RM3.54 juta pada tahun 2005, RM4.37 juta (2006) dan RM4.29 juta (2007)

Mohd Sabu :

Padahal, jelasnya jika Umno kalah, maka PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu parti yang seagama dengan kepimpinan Umno pula akan memegang tampuk pemerintahan serta meneruskan k
elangsungan perjuangan tetapi berlainan pendekatan untuk membela rakyat.

Sunday, March 28, 2010

Toghut

Toghut terbahagi kepada tiga
: Berhala, syaitan samaada syaitan jenis jin atau syaitan jenis manusia dan melampau atau yang tidak mengikut peraturan Allah
Majlis Syura Ulamak PAS

a
Majlis Syura adalah badan tertinggi dalam PAS. Mengikut pindaan terbaru perlembagaan PAS anggotanya menjadi 17 orang berbanding 12 sebelum ini. Mengikut keputusan Mesyuarat pertama dan kedua pada 22.3.10 dan 29.3.10 senarai nama adalah seperti berikut:-
Murshidul Am : Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Timbalan Murshidul Am : Datuk Dr Haron Din
AJK :- Datuk Seri Azizan Razak, Ustaz Hashim Jasin, Ustaz Hassan Syukri
Wakil AJK PAS Pusat :- Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
Wakil Dewan Ulamak :- Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaakub, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh.
Wakil Dewan Pemuda :- Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Zaharudin Mohamad.
Wakil Dewan Muslimat :- Nama belum diperolehi

Sumber Harakahdaily 29.3.2010