Selamat menayambut tahun baru Muharam 1432 dan tahun 2011

Sunday, February 15, 2009

Kita sendiri punahkan bahasa Melayu Feb 15, 09 | 10:35:31 am MYT dan Pengerusi GMP, Dato' Dr Hassan Ahmad, yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa

Jikalau orang Melayu tidak lagi dibenarkan mempelajari sains dan matematik dalam BM, akhirnya tidak ada orang Melayu yang boleh menjadi doktor perubatan, jurutera, ahli kimia, ahli biologi, botani dan lain-lain lagi dalam bahasa Melayu, kerana mereka tidak belajar sains dalam bahasa ini.Kesimpulannya, kanak-kanak ini perlu diajar melalui bahasa ibundanya, tetapi bahasa kedua hendaklah diajar dengan cekap supaya kanak-kanak ini apabila sampai ke peringkat menengah dia juga sudah boleh memahami istilah-istilah sains matematik dalam BI itu, di samping istilah dalam BM.Apakah mereka membuat keputusan itu kerana pengajaran sains matematik yang diajar dalam BM sebelum 2003 itu gagal, menyebabkan ratusan ribu kanak-kanak tidak menguasai matematik sains kerana diajar dalam bahasa ibunda mereka? Pergilah ke mana-mana negara seperti Korea, Jepun, China, dan semua negeri di Eropah; dan di Finland, misalnya. Sains dan matematik semuanya diajarkan dalam bahasa mereka, tidak dalam bahasa Inggeris. Finland ialah negara kecil; bahasanya tidak sebesar bahasa Melayu, tetapi negara itu boleh maju dalam bidang sains dan teknologi. Kanak-kanak Finland belajar dalam bahasa mereka.

Saya menggunakan istilah bodoh ini sebab tidak tahu nak guna istilah apa lagi. Sebab kita sendiri yang punahkan bahasa kita. Bukan negara atau bangsa lain yang suruh kita ajarkan ilmu dalam BI, tapi pemimpin kita sendiri.

Buku matematik dan sains ini tidak perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu; sarjana kita sendiri boleh menulisnya dalam bahasa Melayu, kecuali jurnal-jurnal ilmu dan hasil kajian ilmu dan saintifik yang benar-benar 'original', bahan seperti itu mungkin perlu diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Teori baru itu pun tidak banyak orang mengetahuinya. Masa Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM) ditubuhkan kita menggunakan buku dari Indonesia, malah pensyarah pun dari sana. Yang menggunakan bahasa Melayu dalam bidang sains dan matematik, tidak ada masalah pun untuk memahami buku dalam bahasa Melayu-Indonesia. Kita di rantau ini berada dalam tamadun berbahasa Melayu, bukan dalam tamadun bahasa Inggeris. Lebih 200 juta manusia mengetahui bahasa Melayu-bahasa Indonesia. Ini bukan bahasa kecil. Ini bahasa yang telah membentuk suatu tamadun yang besar di rantau ini. Tamadun ini perlu dipertahankan oleh pemimpin hari ini, jika ini tidak dipertahankan BM akan menjadi bahasa pinggiran di Malaysia.

PPSMI ini perlu dilihat dari segi konteks yang besar, bukan dari dua tiga orang pembuat dasar. Apa yang akan terjadi pada bangsa Melayu datang jika mereka tidak belajar sains dalam bahasa Melayu? Adakah mereka boleh mencipta ilmu baru, sains baru, teknologi baru dalam bahasa kita? Kita kena melihat masalah PPSMI ini dari sudut yang luas itu.

Thursday, February 12, 2009

Negeri Perak

Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap pelantikan Menteri Besar baru, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 11 pagi esok.

Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengumumkan hari ini bahawa beliau akan keluar dari kediaman rasmi menteri besar 10 hari lagi.Bercakap dalam satu sidang akhbar di Ipoh, Nizar berkata beliau telah menerima surat dari Setiausaha Kerajaan Perak, Dato' Abdul Rahman Hashim meminta beliau mengosongkan kediaman tersebut.

Nizar berkata, beliau akan menghormati permintaan tersebut dan akan memulangkan semula kesemua 11 kereta Toyota Camry.

Di samping itu, beliau juga menggesa rakyat berkumpul secara aman sebagai tanda sokongan, tetapi meminta mereka menghormati undang-undang.

Beliau berkata, mengikut satu tinjauan, didapati 97 peratus rakyat Perak mahu Pakatan terus memerintah negeri itu. - azm _

Wednesday, February 11, 2009

Wak Johar Pulang Ke Rahmatullah

Beliau meninggal jam 3.00 pagi Khamis 16 Safar 1430 bersamaan 12 Feb 2009. Beliau pernah menjadi pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan untuk beberapa penggal. Beliau adalah salah seorang pengasas PAS Kawasan Teluk Intan. Semoga Allah merahmati beliau dan memasukkannya bersama-sama dengan orang beriman.

Tuesday, February 10, 2009

Tekanan

Salah satu cara untuk menghadapinya...

Kemana Arah Tuju

Setelah sekian lama saya terasa keperluan kepada satu petunjuk yang jelas yang perlu ada kepada setiap insan.