Monday, December 21, 2009
Wednesday, May 13, 2009
Benar bukan bermula di lidah, tetapi di hati. Justeru ia mendasari makna iman. Iman adalah pembenaran dengan hati. Apabila hati telah dikuasai kebenaran dan pembenaran ke atasnya, ia pasti dan mesti menguasai tubuh. Justeru lidahnya pun berkata benar dan seluruh anggota tubuhnya bertindak dan berkerja dengan benar tanpa bohong dan tipu.
Petikan dari Ustaz Nik Abdul dalam sifat benar
Monday, May 4, 2009
Saturday, April 25, 2009
Sunday, February 15, 2009
Kita sendiri punahkan bahasa Melayu Feb 15, 09 | 10:35:31 am MYT dan Pengerusi GMP, Dato' Dr Hassan Ahmad, yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa
Saya menggunakan istilah bodoh ini sebab tidak tahu nak guna istilah apa lagi. Sebab kita sendiri yang punahkan bahasa kita. Bukan negara atau bangsa lain yang suruh kita ajarkan ilmu dalam BI, tapi pemimpin kita sendiri.
Buku matematik dan sains ini tidak perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu; sarjana kita sendiri boleh menulisnya dalam bahasa Melayu, kecuali jurnal-jurnal ilmu dan hasil kajian ilmu dan saintifik yang benar-benar 'original', bahan seperti itu mungkin perlu diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Teori baru itu pun tidak banyak orang mengetahuinya. Masa Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM) ditubuhkan kita menggunakan buku dari Indonesia, malah pensyarah pun dari sana. Yang menggunakan bahasa Melayu dalam bidang sains dan matematik, tidak ada masalah pun untuk memahami buku dalam bahasa Melayu-Indonesia. Kita di rantau ini berada dalam tamadun berbahasa Melayu, bukan dalam tamadun bahasa Inggeris. Lebih 200 juta manusia mengetahui bahasa Melayu-bahasa Indonesia. Ini bukan bahasa kecil. Ini bahasa yang telah membentuk suatu tamadun yang besar di rantau ini. Tamadun ini perlu dipertahankan oleh pemimpin hari ini, jika ini tidak dipertahankan BM akan menjadi bahasa pinggiran di Malaysia.
PPSMI ini perlu dilihat dari segi konteks yang besar, bukan dari dua tiga orang pembuat dasar. Apa yang akan terjadi pada bangsa Melayu datang jika mereka tidak belajar sains dalam bahasa Melayu? Adakah mereka boleh mencipta ilmu baru, sains baru, teknologi baru dalam bahasa kita? Kita kena melihat masalah PPSMI ini dari sudut yang luas itu.
Thursday, February 12, 2009
Negeri Perak
Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengumumkan hari ini bahawa beliau akan keluar dari kediaman rasmi menteri besar 10 hari lagi.Bercakap dalam satu sidang akhbar di Ipoh, Nizar berkata beliau telah menerima surat dari Setiausaha Kerajaan Perak, Dato' Abdul Rahman Hashim meminta beliau mengosongkan kediaman tersebut.
Nizar berkata, beliau akan menghormati permintaan tersebut dan akan memulangkan semula kesemua 11 kereta Toyota Camry.
Di samping itu, beliau juga menggesa rakyat berkumpul secara aman sebagai tanda sokongan, tetapi meminta mereka menghormati undang-undang.
Beliau berkata, mengikut satu tinjauan, didapati 97 peratus rakyat Perak mahu Pakatan terus memerintah negeri itu. - azm _